Saturday, February 27, 2021

How Time Flies So Fast

 Assalamualaikum W.B.T 😁

It's been a while since aku menaip panjang-panjang dekat blog ni. Lama sangat dah rasa tinggal blog sebab busy dengan kelas degree and now dah kerja dah pun. Bila buka blog "Eh dah 13K lah page view". Maybe previous post aku banyak story pasal SUKSIS and Diploma Pengurusan Maklumat kot. So, lepasan SPM tend to do a research about the course and aktiviti badan beruniform kan.

Panjang tajuk post kali ni. Yelah, banyak sangat benda aku nak share. Tapi aku cuba ringkaskan lah ye. Last post 2018, sekarang dah 2021. Allahu... lama sangat kan. Aku bukan lupa password blog ya, aku cuma tiada masa and tend untuk buat benda lain instead of menaip dekat blog ni. Biar lah nak kata syok sendiri ke apa ke. So, let's start !

Tahun 2019 banyak sangat benda yang terjadi dekat diri aku. Bermula daripada tamat berlajar degree, dapat kerja dan jadi isteri kepada suami aku. Satu tahun with so many important event I think. Tapi apa aku boleh cakap semua berjalan dengan sangat lancar. 


Graduan Sarjana Muda Sistem Maklumat (UiTM)

Jun 2019, 

Saat dimana aku tamat belajar. Semester terakhir aku bukan di UiTM tapi aku di tempat praktikal. 5 bulan praktikal, banyak sangat benda aku belajar. Kawan-kawan kerja yang sangat baik, supportive and tolong aku sepanjang aku praktikal. Terima kasih System Team ! u guys indeed the best. Aku ingatkan last day sebagai student intern dekat System Team will be my actual last day but perancangan Allah lebih baik


System Engineer 

Julai 2019,

Aku mula bekerja sebagai System Engineer di department yang aku praktikal semasa degree. Alhamdulillah, peluang yang ada aku ambil sebab aku percaya selagi mana peluang ada di depan mata just grab it. Dulu masa aku sekolah aku selalu join syarahan, ada satu ayat Al-Quran dalam teks syarahan yang aku masih ingat sampai sekarang. 

"Allah akan meninggikan orang-orang beriman diantara mu dan orang yang diberi pengetahuan beberapa darjat" - Al- Mujadalah, ayat 11

Tak kisah lah aku dah habis belajar ke atau belum, selagi ada peluang untuk aku belajar benda baru, selagi tu aku nak grab. Kadang-kadang aku mengeluh sebab rasa macam engineering bukan passion aku tapi bila dah lama aku fikir balik setiap perancangan yang Allah dah atur ada sebabnya. Just lalui dan bersyukur. Tahun ni tahun kedua dah aku bekerja, dan semua mula rasa macam biasa dan hati aku mula boleh terima dengan kerja ni. Sikit-sikit aku belajar, betul lah petikan yang aku pernah baca sebelum ni,

"Ilmu manusia hanya setitis ditengah lautan yang luas"

Setiap hari mesti ada benda baru yang aku belajar, setiap ilmu yang aku dapat dan kesilapan yang aku buat aku akan bersyukur dekat Allah. Sebab tanpa dua benda ni, selagi tu lah knowledge aku takkan berkembang. 


A Wife

September 2019,

Bulan yang bersejarah dalam hidup aku. Aku sah menjadi isteri kepada suami aku, Muhammad Adli. Sekejap je aku kenal suami aku sebenarnya, lebih kurang 2 tahun. Ayat dia propose kahwin sangat simple, "Awak, jom kahwin". Masa tu aku ingat dia main-main sebab aku masih belajar degree, dan tinggal lagi satu sem untuk praktikal. Rupanya dia serius. December 2018 dia ajak pergi beli cincin. Sebenarnya aku macam sebak sangat masa nak kahwin waktu tu.

Rasa macam tak puas duduk dengan mak abah aku. Yelah, habis je SPM terus ke Kelantan sambung diploma dekat UiTM 2 tahun setengah, lepas tu sambung pulak degree. Degree habis June 2019, tiba-tiba dah nak kena kahwin September tu. Tipu lah kalau tak nangis senyap-senyap haha. 

28 September 2019, selepas asar aku sah bergelar isteri kepada Adli. 29 September 2019 pula kami bersanding. Majlis yang simple tapi ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti dan kawan-kawan kerja yang datang. 

Alhamdulillah, Allah kurniakan suami yang sangat baik untuk aku. Kadang-kadang aku terfikir, kebaikan apa lah yang aku buat sampai dijodohkan dengan lelaki yang sangat baik ni. Adli ni penyabar orangnya, aku ni pula kasar. Mungkin aku dibesarkan dengan keadaan yang menyebabkan aku jadi kasar macam ni. Bersyukur Adli terima perangai aku yang macam ni, nak kata berubah tu ada lah kot sikit sebab Adli ni kadang-kadang tegas orangnya, kasar macam mana pun dia tetap suami aku. Respect of course is my priority dekat dia.


A Mother-To-Be

March 2020,

4 hari selepas kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aku disahkan pregnant anak pertama kami. Actually before PKP lagi rasa nak buat pregnant test tapi disebabkan busy dengan kerja sampai terlupa and sibuk duduk berjalan sana sini dengan Adli. So masa mula-mula dapat tahu pregnant tu perasaan aku bercampur baur. Sumpah tak tahu nak happy ke sedih ke atau entah haha 

Sebenarnya aku dengan Adli plan after 6 months of married memang nak baby, means nak baby tahun 2020 lah. Eh tengok-tengok terus lekat ye. Alhamdulillah rezeki, perasaan aku bercampur baur mungkin sebab tak ready lagi masa tu. Kena pulak time PKP, ya Allah sedih sangat tak boleh makan macam-macam. 

Hari berganti hari, tekak mula dah start loya, muntah-muntah. It's normal lah kan. Tapi alhamdullilah aku punya rasa loya hanya dalam 3 minggu je aku lalui. Ada setengah orang lama gila kot. Bulan 7 aku scan baby and dapat tahu jantina perempuan. Masa tu memang seronok sangat. Masa mengandungkan baby Marsha ni, takde naik seri pun. Aku jadi makin selekeh, muka pucat dan nampak letih. Time tu aku dah redha dah. Aku fikir nak beranak cepat-cepat je.


Officially a Mother

December 2020,

Sepatutnya due aku lahirkan baby Marsha is on 24 November 2020, tapi Masrha seronok sangat duduk dalam perut aku. Maka, terpaksa lah serah diri masa 30 November 2020 dekat hospital. 2 hari ye aku tahan contraction, akhirnya 2 December 2020 aku selamat deliver baby Marsha dengan Czer prosedur. Yup, tak bersalin normal. Padahal time tu bukaan dah 9cm, tapi Allah Maha Mengetahui kan. Semua Dia dah tentukan.

Yang penting semua selamat Alhamdulillah. Baby Marsha memang besar masa mula-mula keluar dulu. 3.45KG. Standard anak sulung berat bawah 3KG tapi budak ni dah nak dekat 3.5KG haha. Mungkin sebab masa pregnant kan dia aku kuat ambil karbohidrat kot. Tapi memang puas dukung and peluk dia sebab dia besar kan.

Bersalin Czer ni memang susah sikit untuk baring duduk dan berdiri. Alhamdulillah, disebabkan aku seorang yang jenis betul-betul jaga luka, jahitan cantik je, luka takde, nanah takde. Nurse siap puji, sebab katanya kalau bersalin Czer selalunya jahitan ibu mesti senang terbuka. Anak kedua? *tarik nafas sedalam mungkin haha*  mungkin 5 atau 6 tahun lagi rasanya. Tengok lah keadaan macam mana.

Panjang entry kali ni, memang saja nak cerita panjang-panjang. Mungkin lepas ni aku akan buat specific entry cerita pengalaman bersalin or course degree yang aku ambil atau anything. Satu hari nanti, mungkin? Kalau rajin haha

Bila dah taip meleret ni, tak reti nak close entry ni macam mana dah. Saja update kali ni sebab nak aktif balik dekat sini. Nanti baby Marsha dah besar boleh lah dia baca posting mama dia. Ceh berangan bukan main lagi.

Okay, Chaw dulu 



No comments:

Post a Comment