Friday, February 3, 2017

Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)

Holla..

hari ni aku masuk kerja pukul 5 petang sampai 1 pagi so sementara ada masa ni saja-saja nak menaip panjang-panjang bagi korang penat membaca hehe.
okey, post hari ni aku nak cerita sikit pasal Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau orang lebih kenal as kor SUKSIS. Apa tu kor suksis??? 

Kor SUKSIS ni sama je macam kadet polis dekat sekolah rendah dan sekolah menengah yang korang join CUMANYA ada sikit perbezaan dari segi level dan aktiviti yang pelatih kor SUKSIS ni kena ikut. haaaaa , okay dah ready?? 

Aku malas nak cerita pasal sejarah Kor SUKSIS ni or bila dia mula diperkenalkan (pandai-pandai lah korang google sejarah kor SUKSIS ni). Aku salah seorang pelatih kor suksis di UiTM Machang kelantan yang mana batch aku adalah batch pertama kor SUKSIS di UiTM Machang. Seingat aku masa aku mula-mula masuk Semester 1 Pegawai Kokurilum masa tu (Encik Khairul) dia yang promote sakan sebab yelah first batch kan, orang pun tak tahu amende SUKSIS tu.

Untuk jadi ahli kor SUKSIS bukan senang tau. Sama je macam nak masuk polis. Ada ujian fizikal dan juga interview dengan pegawai polis. Untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak masuk IPTA tu kan, sebenarnya zaman universiti sama je macam sekolah. Ada kelab persatuan, badan beruniform, sukan dan sebagainya. kor SUKSIS ni adalah salah satu badan beruniform dekat IPTA dekat Malaysia ni. Aku percaya, korang mesti tahu pasal SISPA, PALAPES, KESATRIA NEGARA dan ect..... ni antara badan beruniform yang terdapat dekat UiTM (aku fokus kat UiTM jelah ek)

Okay, sambung cerita pasal nak jadi ahli kor SUKSIS. Honestly, susah jugak lah nak jadi ahli dia, sebab nya ada ujian fizikal mula-mula dia akan suruh kau buat push up apa semua, lari 2.4km untuk tengok stamina kau and kau mampu tak lepas masa yang dia bagi. Susah kan ?? in case jari kau ada bengkok sikit or pernah patah kaki ke patah hati ke, ehhh?? patah hati tu gurau jeee. Kalau segala anak nenek patah-patah tulang ni on the spot kau tak layak jadi ahli SUKSIS.

Okay done part ujian fizikal. Andai kata kau dah berjaya lepas ujian fizikal, kau akan di interview pulak dengan pegawai polis. haaaa masa ni lah kau nak rasa ketaq habih lutut apa semuaa. Masa ni lah dia akan uji kau punya pengetahuan semasa kau. 

Masa aku kena interview dulu dia tak tanya banyak soalan, first batch kannnn. Mungkin sebab tak ramai yang minta masa tu. So, masa aku dulu dia just tanya pasal latar belakang diri dan dia suruh aku bagi arahan kawad guys. Alhamdulillah lepas seminggu keluar keputusan. Oficially aku dah jadi pelatih kor SUKSIS

Latihan kami adalah setiap hari jumaat dari pagi sampai petang. Tengahari tu rehat kejap untuk bagi budak-budak lelaki solat jumaat. Untuk pengetahuan korang, setiap jam latihan kami akan diambil kira untuk pentauliahan. Untuk tauliah, kitorang perlu kan 560 jam latihan utk SUKSIS uitm (tak silap aku lah). Bila dah 560 jam baru lah kitorang layak untuk di tauliah sebagai inspektor kor SUKSIS. Dan untuk pengetahuan korang jugak, satu jam latihan kami dibayar RM6. kalau setiap hari jumaat latihan 8 jam, cuba korang darab kan. 8 jam darab RM6 sama dengan RM48. sebulan ada 4 kali jumaat. so, RM48 tu darab 4 kali latihan kau dah dapat berapa ?? Itu tak termasuk lagi kelas undang-undang, aktiviti sukarelawan. 

Alhamdulillah lah, ada sikit duit untuk belanja dekat UiTM tu hasil dari penglibatan dalam kor SUKSIS. Sebenarnya banyak benefit masuk kor SUKSIS. Nak tahu ? untuk pengambilan inspektor dalam PDRM, 80% pengambilan akan dilebih kan ke pemohon yang masa belajar dulu join SUKSIS. So boleh kata senang lah nak jadi inspektor polis kalau kau dah ada degree and join SUKSIS. Sekurang-kurang nya takdelah kau menganggur lepas habis belajar, apply je polis insyaallah dapat kalau ada sijil suksis tu. 

Best jugak join suksis ni. Bukan nak promote ya, aku just nak express kan apa aku rasa. Actually aku merupakan ketua skuad wanita untuk skuad batch aku. Kerja aku calling budak-budak masuk baris, bagi arahan kawad. Tak susah pun sebab masa sekolah aku dah memang pernah jadi ketua platun. So, ilmu yang aku ada aku share sikit-sikit dengan kawan-kawan even kadang-kadang aku blur jugak. kawad polis dengan kawad KPA ada lain sikit-sikit. Yelah, masa sekolah dulu kan aku Kadet Pertahanan Awam, bila masuk UiTM teringin tukar angin dengan join SUKSIS

Aktiviti yang wajib budak SUKSIS kena join adalah kursus etika, kursus pertolongan cemas, menembak, latihan hutan andddd aku pun tak ingat dah. Aku rasa tu je kot. Kursus etika ni dia lebih macam nak bina jati diri kau kot and nak eratkan hubungan kita dengan teammate, sumpah best aktiviti dia. Kalau kursus pertolongan cemas pulak biasalah, dia ajar cara untuk buat rawatan awal ke pesakit. Latihan hutan paling aku tak boleh lupa. Sebab, kitorang masuk hutan, bermalam dalam hutan and its quiet creepy lah sebab tempat yang kitorang buat latihan tu memang 'keras' sikit hehehee.

Nak cerita pasal menembak pulak, haaa menembak ni ada dua jenis senjata yang dibenarkan untuk latihan menembak macam kitorang ni. M16 dan revolver. By the way, masa menembak dulu, aku pernah dapat penembak terbaik M16 tau. haha nasib je tu kot. Gembira ah jugak, aku tak expect pun dapat sebab aku ni jenis tak mengharap mana lepastu dahlah rabun teruk. Sebelum menembak, selalunya budak-budak SUKSIS ni akan ke kelas menembak dulu. Kitorang diajar cara guna, kenal benda2 kecik kat senjata tu and selalunya diajar oleh pro pro lah. haaaa jangan main-main kauuuu. 

okay done cerita pasal aktiviti..

Aku nak cerita pasal pentauliahan pulak. Untuk pengetahuan korang, masa aku tauliah haritu (26 november 2016) hanya 6 kampus UiTM je yang terlibat. actually, sebelum-sebelum ni UiTM takde pun SUKSIS, UiTM yang ada cuma UiTM penang dengan UiTM Shah Alam tak silap aku. Tapi suksis mula merebak ke semua UiTM di Malaysia ni. jadi sebab tu kot UiTM tak ditauliahkan sekali dengan IPTA yang lain macam UPSI, UPM, UTem dan sebagainya. Kalau gabung sumpah meletopss haha

Masa pentauliahan haritu, hanya ambil masa satu minggu je dekat UiTM Merbok Kedah. Just belajar kawad utk kawalan dan takde persembahan formasi disebabkan hanya 6 kampus terlibat. Lepas tu baru lah start acara dewan yang mana sorang-sorang pelatih akan naik pentas terimas sijil. Setiap UiTM perlu hantar 3 nama untuk penerima anugerah pelatih terbaik keseluruhan, pelatih terbaik akademik dan pelatih terbaik latihan luar.

Alhamdulillah sekali lagi, jurulatih dan pegawai pilih aku untuk terima anugerah pelatih terbaik latihan luar. And nak tahu, mostly untuk anugerah ni lelaki yang pegang, tapi untuk UiTM aku perempuan yang dapat hahaha 😂 Untuk anugerah terbaik keseluruhan dapat dekat bob, bob ni ketua skuad lelaki and for me dia memang layak pun bila tengok cara dia and komitmen dia dalam SUKSIS. Pelatih terbaik akademik pulak dapat dekat Nani, member satu kos aku and budak ni sah-sah lah straight dean utk setiap sem. Tahniah semuaaaaaaaa!!!!

aku rasa clear dah kot cerita aku untuk korang yang blur 'eh kau jadi polis ke?' 'eh dia belajar lagi, camne boleh jadi inspektor' hahaha. Mohon baca sampai habis post aku pasal suksis ni yee. 



Dari kiri, Cik Sapiee, Cik Hazuan, me, bob, Tuan Joe, Nani dan Cik Malek 
ni lah jurulatih dan pegawai kitorang.

Ni gambar masa tauliah haritu. Masa ni aku takde pun dalam pic ni sebab tengah sebok lap M16 sebabnya aku join kawalan kehormatan.

Ni masa acara masuk dewan

Okay itu je.. Kalau nak tengok lagi gambar pergi dekat instagram 


13 comments:

  1. The best of the best.Saya bekas kadet polis kini SUKSIS UiTM Shah Alam.

    ReplyDelete
  2. Salam. Apa jenis ujian fizikal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak berapa nk ingat. Tapi ada larian 2.4km, kawad and ect.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi saya nak tny, kalau pengajian 6 sem termasuk praktikal tu layak ke nk mohon suksis? Thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada universiti. macam uitm perlukan 5 sem je and offer utk student diploma. kalau u lain mostly offer utk student degree and xsure berapa lama.

      Delete
  5. Hi, dia check tinggi dan berat juga ke? Kalau check berapa tinggi dia nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi kalau perempuan tak silap saya 158cm kot. saya pun lupa dah haha, tapi syarat dia sama je macam pengambilan polis.

      Delete
  6. akak rabun boleh join suksis jugak ke? masa iv fizikal tu ada test mata ke?

    ReplyDelete
  7. boleh tanya.. kalau pakai braces boleh tak mintak suksis

    ReplyDelete