Tuesday, February 14, 2017

Diploma Pengurusan Maklumat

Holla...

Post hari ni disebabkan jari geli-geli nak cerita pasal course yang aku pernah belajar masa diploma dan course yang bakal aku hadap next month ni. Diploma in Information Management dan Degree in Information System. Jadi, kalau rasa bosan lantak kau lah labuuuu. 

For sure, most of the lepasan SPM mesti confuse nak sambung apa masa diploma nanti kan. yelah ada setengah orang tu minat math tapi dapat course yang takde kaitan dengan math. ada pulak yang tak suka math dapat course yang banyak subjek kira-kira. Jadi apa itu Diploma Pengurusan Maklumat??

Aku cerita secara general lah ya. okay, first. pengurusan maklumat adalah satu course dimana kau akan belajar macam mana nak menguruskan maklumat. Selalunya makcik-makcik or pakcik-pakcik yang aku kenal semua ingat Pengurusan Maklumat course yang semuanya berkaitan subjek komputer. Actually most of the subject yang kami belajar dalam course ni tak banyak pun pasal komputer or designing bagai ni. Dia more on managing information dekat library, archive record center and ect...

Bosan?? haaaaa pada aku course ni tak membosankan langsung sebab kalau korang  jenis makhluk berotak ais and memang tak boleh hadam dengan matematik , aku syorkan korang hambik lah course ni. sebabnyaaaaa!!! course ni lah yang pada aku takde langsung subjek kira-kira ni, bak kata orang zaman dulu ilmu hisab lah hahahaha. 

Disebabkan aku ni antara manusia berotak ais jadi memang aku bersyukur dapat course ni. tapi kalau korang jenis tak boleh study dan bekerja dalam tekanan better jangan ambil course ni. kenapa?? sebabnya, pada aku course ni memang boleh buat kepala otak korang sakit dengan assignment yang bertimbun dan research kesana sini. memang penat tapi berbaloi lah kalau korang minat.. diploma pun dia punya research kemain merata-rata aku pergi..

Okey, diploma penguurusan maklumat hanya ada 5 semester sahaja. syukurrrr, ada sesetengah course tu makan 6 semester sebab ada praktikal, macam course ni praktikal hanya dibuat masa degree nanti sebab tu diploma kami 5 semester.

Ramai jugak tanya aku, "eh, senang ke course kau ambil ni?? mesti senang kan??" 

Satu je aku boleh cakap kat sini, takde benda yang senang dalam dunia ni. Even nak berak pun korang kena meneran. Betul kan apa aku cakap ni. Konsep dia bila korang masuk universiti ni senang je. kau belajar, kau ikut apa lecturer cakap, test and quiz kau score insyaallah pointer 3.5 keatas tu dalam tangan kau lah. 


Course ni tak senang sebenarnya sebab kau perlukan daya pemikiran yang padu untuk setiap assignment yang kau buat. Kalau senang takdelah sampai berlambak repeater kat UiTM tu untuk course ni. Seriously, senang dan susah tu atas usaha diri masing-masing. Kau usaha lebih, kau dapat lebih. Kalau sikit kau usaha, sikit lah yang kau dapat..


Okay, berbalik pada course pengurusan maklumat. aku cerita sikit pasal setiap semester okay.


Semester 1...


Semester satu biasa nya kau akan kena macam kejutan budaya sikit lah. Mungkin sebab persekitaran, lepas tu class and style lecturer speaking. 'Slang' dia punya lah sedap haha. Untuk subjek masa semester satu ni ada 7 subjek. 3 subjek daripada 7 subjek tu biasa nya takde kena mengena dengan course kau macam ELC (subjek english), CTU (subjek agama islam) dan HBU (kokurikulum). Yang selebihnya kau akan belajar pasal subjek course kau. Kau akan belajar macam mana nak buat citation menggunakan APA dan MLA style anddddd ada satu subjek pasal computer which is IMD113 (information and communication technology application). Untuk subjek ni kau akan belajar pasal komponen-komponen komputer bagai tapi basic jelah, takde susah sangat. 


Semester 2...


Habis je semester 1 kalau kau buat dengan baik and takde repeat paper kau akan hadap 7 subjek jugak masa semester 2 ni. Sama juga macam semester 1, ada 3 subjek yang takde kaitan dengan course kau tapi dia lebih mendalam sikit lah. Then yang lagi 4 subjek course kau tu sama juga , kau akan belajar lebih mendalam. Ramai kata untuk semester 2 ni subjek killer adalah IMD121 (human communication). Kenapa killer?? sebabnya subjek ni orang kata bosan, kau akan belajar macam mana untuk communicate dengan orang lain, body gesture and etc... tapi kan, pada aku subjek ni senang lah. Aku pun tak tahu asal lah ramai kata susah. Lain kali jangan dengar dari senior tau susah ke senang ke, hadap jeee. ๐Ÿ˜‚

Semester 3...


Bagi aku, semester 3 adalah semester yang paling relaks and enjoy sekali. Sebab takde subjek yang akan buat kau gelabah. Untuk semester 3 ni memang sesuai lah kepada yang peminat designing bagai ni, sebab nya ada satu subjek yang memerlukan kau design majalah untuk group project dan individual assignment yang juga akan buat kau bekerja untuk design-design jugak. Hehehe, disebabkan aku suka dengan benda alah photoshop bagai ni , so ia satu opportunity lah buat aku. 



(hasil titik peluh ๐Ÿ˜ญ rindunya)

Semester 4...


This is the most hectic semester sepanjang aku belajar diploma dekat UiTM ni. Kenapa?? haaaaa sebabnya, ada 7 subjek course kena cover. dahlah subjek ada yang aku tak minat. Antaranya ialah IMD223 (cataloging). Okay, untuk subjek ni korang belajar macam mana nak buat cataloging untuk buku-buku dalam perpustakaan. Haaaa , dan ia memerlukan latihan yang sangat banyak dan kau kena pro dengan rules-rules dalam AACR (buku yang bila dicampak kepada sesiapa boleh buat orang pengsan sebab tebal nak mampus). AACR ni kau kena bawak setiap kali nak gi class IMD223 hahaah. Tapi, kebanyakkan kawan-kawan aku ramai suka subjek ni, aku je kot yang tak suka sebab aku tak suka benda yang perlukan latihan yang banyak hahaha (pemalas kan). Another tough subject adalah subject multimedia dan promotion. Multimedia ni sebenarnya tak susah pun, maybe sebab aku banyak main and kuat menguap dalam kelas sebab bosan hahahahaha. subject multimedia ni kau akan belajar guna adobe flash and adalah assignment yang perlu gunakan  adobe flash yang akan buat kau stress kalau kau tak reti guna. hahaha panjang pulak cerita aku dekat semester 4 ni. Nampak tak betapa tough nya semester 4 ni sampai aku pun tak boleh move on. hahaha, okey, untuk subjek promotion pulaaaaaa
subjek promotion senang je sebenarnya, maybe sebab lecturer kot kami jadi macam aarghhhhh rasa nak nangis gila. hahahaha okay2, malas nk ceritaaa.. by the way, untuk subjek ni kitorang kena buat satu program and kitorang kena buka booth depends on tajuk kelas masing-masing. Dari situ lecturer kau akan nilai bagus ke tak method promotion kau.

Semester 5...


Untuk semester 5 pulaaa, pada aku semester ni not bad lah, tak susah and tak senang. Dia just bolehlah, pengalaman yang pasti aku tak boleh lupa bila group aku kena buat research dekat arkib johor. untuk research ni , actually dia under subjek IMD313 (foundation of archives). Setiap kumpulan dalam class aku kena pilih satu negeri untuk buat research di arkib negeri tersebut. Group aku terlambat decide negeri then terpaksa ambil johor. Hahaha, kitorang pergi kesana naik keretapi and ambil masa sampai 16 jam kot, tapi alhamdulillah sebab berbaloi , kami dapat highest marks wehhh. Yang ni baru group research. Untuk class research pulak, kami ke arkib negara dekat KL. Haha, memang best lah sebab kau akan dapat pengalaman macam mana staff dekat arkib tu preserve and conserve benda-benda yang penting untuk negara kita ni haa.. oh yaa, aku terlupa, sebenarnya ada satu je subjek yang perlukan kau kira-kira, ia adalah ENT300 (entrepreneurship) subjek ni akan mengajar kau macam mana nak buat bisnes planning dan sebagainya. Actually, setiap course dalam UiTM wajib ambil subjek ni , maybe sebab nak menggalakkan student belajar or buka bisnes sendiri maybe. this subjek agak tebal jugak lah assignment dia and ada matematik sikit-sikit , even sikit pun pening jugak hahaha 


(class research. tiga class bergabung ke arkib negara)

Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi sebab aku rasa macam takde idea dah. Untuk course ni jujur aku cakap mental and fizikal kena kuat. mental kena kuat sebab assignment banyak sangat, fizikal kena kuat sebab kau perlukan tenaga yang banyak untuk buat kerja-kerja yang banyak nak mampus tu. Tu jelah aku boleh pesan. K bye 

27 comments:

  1. Salam kak....kalau nanti degree kita decide nk apply kos lain ie pendidikan ker boleh x? saya dapat dip.pengurusan maklumat tapi cita2 saya nk jadi cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya, tp dia akan makan masa sikit lah sebab lari bidang dari diploma kann

      Delete
  2. Salam, cik ambik course ni di uitm shah alam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, eh takdelah. course utk diploma pengurusan maklumat hanya ada di uitm machang, uitm segamat, uitm kedah dgn uitm sarawak sahaja. kalau degree ada lah dekat uitm puncak perdana.

      Delete
  3. Salam, cik ambik course ni di uitm shah alam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Course ni utk diploma hanya ada di Uitm Merbok, Uitm segamat, Uitm Machang, uitm rembau, uitm sarawak. So, masa diploma sy di uitm machang.

      Delete
  4. Your blogs and every other content is so entertaining and useful It makes me come back again.online project management diploma

    ReplyDelete
  5. salam kak, ada note utk kos ni tak? kalau ada nk boleh tak?

    ReplyDelete
  6. Salam nk tnya , nk amik course nie ada temuduga ke?

    ReplyDelete
  7. Salam...kak kalau kita xminat kos nih but kita try tu adapt..agak2 complicated tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. jangan risau, ramai je kawan-kawan saya tak minat dgn course ni sebab course ni banyak menmbaca. tapi bila lama-lama okay je, tak complicated. klu minat membaca mmg advantage utk awak lah :)

      Delete
  8. Pengurusan maklumat ni nanti kluar2 boleh keje ape je? Nak tahu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi record manager, boleh jd pembantu pustakawan. and the best thing is kita akan ada skill designing guna photoshop, adobe flash, adobe in design. so mmg tak rugi.

      Delete
  9. Akak course ni sesuai ke guna laptop biasa2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better guna laptop yg spec tggi sikit sbb masa sem 3, sem 4 dan sem 5 banyak nak kena install software dkt laptop. takut kalau spec rendah laptop hang or slow. :)

      Delete
  10. assalamualaikum kak, ada ig or whatsapp? sbb saya banyak nak tanya akak psl diploma IM ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, takde interview. search je dekat ig masni.ayda..

      Delete
  11. Salam kak lecturer sem 4 tu....Miss T ehhh....saya belajar ngan dia sem 1....memang nightmare๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  12. Selain daripada pembantu pustakawan kan kak ? kerjaya dia apa lagi yg noleh dapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kerja di pusat rekod, penolong kurator, bahagian pentadbiran pun boleh sbb diploma pengurusan maklumat ni under fakulti pengurusan.

      Delete
  13. Pengurusan sistem maklumat ni, bidangnya sama mcm pengurusan pejabat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengurusan sistem maklumat ke atau pengurusan maklumat? berbeza tu. kalau pengurusan sistem maklumat ada utk pelajar degree tapi bawah fakulti yang sama dengan diploma pengurusan maklumat. and bidangnya lain sangat-sangat dengan pengurusan pejabat.

      Delete
  14. Haritu saya ada search pasal dim and kos diploma ni ada dekat kampus puncak alam tak silap.

    ReplyDelete